MURAH AJEEE....

Dengan hanya RM 170.00 untuk satu mlm, anda akan dapat merasai keselesaan menginap di Patimahhomestay.

Kami juga sedia menerima tempahan makan minum ( pagi, tengahari atau malam ) jika ada tetamu kami yang ingin merasai masakan kampung atau tradisional Terengganu seperti Nasi Dagang, Ketupat Sotong atau apa saja makanan kegemaran anda dengan harga yang berpatutan.

Untuk anda yang gemarkan Keropok Lekor atau Keropok Keping Terengganu, kami juga mengambil tempahan tersebut bagi memudahkan urusan anda...

Kepada yang suka kepada aktiviti lasak pula, jika anda memerlukan penunjuk arah ( guide ) untuk mendaki Gunung Ganang yang terdapat di Negeri Terengganu ini, kami bersedia membantu dengan menyediakan penunjuk arah untuk tujuan tersebut.

Sekian..........jangan lupa datang yer.....

Monday, December 6, 2010

Bermasalah untuk mencari rumah rehat bagi menyertai Rombongan Perkahwinan dan memerlukan sebuah rumah yang boleh memuatkan ahli rombongan secara sekaligus? Rumah Rehat Patimah boleh menyelesaikannya. Secara am nya, rumah ini boleh memuatkan ahli rombongan seramai 30 orang. Mempunyai 3 bilik tidur ( 2 tingkat ) dan 2 bilik air serta ruang tamu dan ruang menonton yang luas dan selesa.
Terletak berhampiran Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir dan menjadi laluan utama ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Amat dekat dengan kawasan pembuatan Keropok Lekor serta Keropok Keping yang menjadi kegemaran ramai (Keropok Lekor Bukit Tok Beng), serta berhampiran dengan Stadium Sultan Mizan, Gong Badak.

Hanya 10 minit untuk ke Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA ) dan Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ) serta ILP Gong Badak. Juga amat mudah umtuk ke Taman Tamadun Islam ( TTI ) dan Muzium Negeri Terengganu.

Anda tidak perlu bimbang lagi untuk mencari penginapan jika berkunjung ke Terengganu terutamanya berdekatan dengan tempat-tempat yang tersebut di atas terutamanya untuk Majlis Konvokesyen, Pendaftaran Pelajar Baru dan Majlis-majlis Perkahwinan kerana Rumah Rehat Patimah sentiasa menanti anda dengan kadar sewa yang begitu rendah... MEMANG TAK RUGI......terima kasih..

No comments: